Reformasi Minda Muslim

Kempen bantah lesen judi dilancarkan esok

Kempen bantah lesen judi dilancarkan esok

Gabungan pembangkang dan NGO akan melancarkan kempen besar-besaran mereka bagi mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi sukan di sebuah kompleks membeli belah di tengah-tengah ibu negara esok.

Kumpulan itu yang bergabung bawah Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diadakan di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 2 petang esok.

Setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata pelancarakan gerakan meraka akan turut dihariri (dihadiri) oleh pimpinan NGO, ulama dan parti politik.

"Saya mengajak semua pihak agar sama-sama memberi sokongan melalui kehadiran dalam perlancaran kempen ini," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Pihaknya juga menggariskan sembilan kesan negatif yang mungkin berlaku ekoran tindakan kerajaan memperkenalkan lesen judi di negara itu, iaitu:

- Keruntuhkan mutu sukan negara.
- Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
- Menurunkan produktiviti negara.
- Meruntuhkan institusi keluarga.
- Meningkatkan gejala sosial.
- Meningkatkan kadar jenayah.
- Meningkatkan beban hutang rakyat.
- Meruntuhkan ekonomi negara.
- Menyalahi dasar-dasar semua agama.

RMM-RMM-RMM

RMM hanya ingin bertanya kepada penganjur. Mengapa diadakan di lokasi yang peniaga Muslim menjalankan aktiviti perniagaan (di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman). Adakah terdapat pejabat syarikat judi di Pusat Perniagaan Sogo? Setahu RMM pejabat syarikat judi yang diberikan lesen adalah di Berjaya Times Square -

SPORTS TOTO MALAYSIA SDN. BHD.
Head Office: Berjaya Times Square, Level 13-01,
NO. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21489888 Fax: 03-21419581

Apakah
penganjur
tidak peka atau ingin turut ingin menjaga kepentingan individu tertentu. Kalau lokasi tidak diubah maka yang tersepit nanti adalah peniaga-peniaga kecil Muslim (orang Melayu dan India Muslim). Sedang yang pihak yang terbabit tidak merasai pun bahang bantahan tersebut.

Jangan pulak dikatakan orang bagai anjing menyalak bukit.

Wallahu'alam.
4 comments:

Pelancaran kempen mansuhkan lesen judi oleh gabungan pembangkang dan NGO hari ini dilancarkan secara sederhana di sebuah pusat memberi belah di ibu negara.

Disertai kira-kira 60 orang, program Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di pusat kompleks Sogo hari ini hanya berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Selain kehadiran pemimpin pembangkang seperti ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, wakil NGO seperti Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM) turut mengambil bahagian.

Ketika merasmikan kempen itu pengerusinya Azmi Abdul Hamid berkata mesej penentangan mereka akan dihantar kepada seluruh ahli parlimen melalui satu sesi penyerahan memorandum di Parlimen pada 15 Jun ini.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/133704


http://www.malaysiakini.com/news/133717

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.


Kenyataan Vincent Tan itu umpama membasuh najis dengan air yang diambil dari tangki septic / air kumbahan kolam Indah Water. Betapa tidak pekanya orang bukan Islam terhadap sensitivi umat Islam. Ini kerana mereka sedar bahawa umat Islam di Malaysia begitu TAKUT untuk menegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Kita takut dikatakan tidak toleran terhadap bukan Islam. Tidak bersikap sederhana. Tetapi kita tidak TAKUT akan kemurkaan Allah dan azabNya. Kita lebih rela berada di dalam masyarakat yang pemuda-pemudinya runtuh moral, kadar jenayah yang sentiasa meningkat dan pembunuhan yang tidak mengenal orang baik dan orang jahat...


Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan...

Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta.

Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini.

Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, "Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu."

Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula.

Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/134348


Post a Comment


Followers