Reformasi Minda Muslim

Kampung Baru mesti kekal milik Muslim

Nilai tanah Kampung Baru naik jika jual kepada Bukan Melayu



berita harian online 01-Jun-2010

KUALA LUMPUR: Hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.




"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan ini... apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur asing berminat.

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu saja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri, Datuk M Saravanan; Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU, Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu berpeluang memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata Kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini secara dasarnya bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang ada dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

5 comments:

Kampung Baru mesti kekal milik Melayu
(Malaysiakini Jun 4, 2010)

Kampung Baru adalah 100 peratus milik orang Melayu tanpa kompromi dan tidak boleh dibuka kepada bangsa lain kerana ia "satu-satunya aset Melayu-Islam di tengah-tengah Kuala Lumpur".

NONEAhli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata cadangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk membuka pemilikan sebanyak 40% kepada bukan Melayu di kawasan tersebut amat dikesali.

"Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kampung Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya.

"Tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penduduk kawasan itu rela membangunkan Kampung Baru dengan cara dan kemampuan sendiri daripada membiarkan aset bersejarah itu terlepas akibat himpitan pembangunan.

Dr Lo' Lo' berkata cadangan pembahagian itu hanya menyerlahkan kegagalan kerajaan mempertahankan kampung itu "walaupun UMNO mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu".

dr loloBeliau sebagai wakil rakyat untuk kawasan itu turut menggariskan beberapa perkara yang menurutnya perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan tanah tersebut, antaranya:

- Menyalurkan dana khas daripada kerajaan tanpa penglibatan swasta atau pelabur-pelabur asing bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan dapat mengekalkan aset mereka.

- Memastikan Pembangunannya mesti berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual.

- Menjadikan Kampung Baru sebagai pusat sehenti Melayu di mana segala-segalanya berkaitan bangsa itu, termasuk kebudayaan, konsep kejuruteraan, ekonomi, sosial, kesenian dan sejarah Melayu terdapat di situ.

RMM-----------------------RMM

RMM amat setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali. Sepatutnya kerajaan menambahkan ekuiti orang Islam dalam pemilikan hartanah di Malaysia. Bukannya mencari jalan mengurangkannya. Sudahlah pemilikan syarikat di Malaysia dimonopoli oleh orang bukan Islam. Aset yang sedia ada pun nak digadaikan kepada bukan Islam. Nanti akibatnya terbangunlah menara-menara yang tidak ada identiti Islam seperti YTL, See Hoy Chan dsb. Maka bertambah sakit lah mata orang Islam memandang kepada bangunan di Kuala Lumpur.


RMM amat setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Sepatutnya kerajaan menambahkan ekuiti orang Islam dalam pemilikan hartanah di Malaysia. Bukannya mencari jalan mengurangkannya.

Sudahlah pemilikan syarikat di Malaysia dimonopoli oleh orang bukan Islam. Aset yang sedia ada pun nak digadaikan kepada bukan Islam.

Nanti akibatnya terbangunlah menara-menara yang tidak ada identiti Islam seperti YTL, See Hoy Chan dsb. Maka bertambah sakit lah mata orang Islam memandang kepada bangunan di Kuala Lumpur.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemilikan60_40diKampungBaruhanyacadangan/Article

Cadangan nisbah pemilikan 60:40 hartanah bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera di Kampung Baru hanyalah cadangan kerajaan dan tidak bermaksud menjual tanah di situ kepada bukan Bumiputera atau pelabur asing.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, berkata kerajaan tidak bercadang untuk menjual tanah di Kampung Baru kepada bangsa lain, sebaliknya akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan semula.
“Cadangan nisbah 60:40 hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan Kampung Baru dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit. Pengisian bangunan tinggi inilah yang kita cadangkan untuk nisbah itu dan tentunya nisbah akhir nanti adalah atas persetujuan pemilik sendiri.

“Pemilik tanah tidak akan dipinggirkan dalam proses pembangunan ini. Selepas semua pemilik tanah memiliki hartanah baru, mereka akan diberi peluang untuk menjual tanah mereka sepenuhnya atau menukarnya dalam bentuk saham atau pemilikan hartanah sementara kaedahnya akan diperhalusi kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sedia berunding sekiranya pemilik tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan sehingga satu persetujuan menang-menang dicapai.

Selain itu, pihaknya juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit bangunan atau hartanah akan dijual, disewa atau dipajak kepada bukan Bumiputera atau syarikat asing.

“Sebenarnya, cadangan nisbah dibuat supaya ia turut disertai syarikat gergasi asing khususnya dalam bidang perhotelan, bank dan pusat beli belah bagi merancakkan lagi pembangunan di Kampung Baru untuk melonjakkan nilai kawasan itu,” katanya.
Raja Nong Chik berkata, dalam urusan penyerahan tanah kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang bakal dilantik, pemilik akan diberi pilihan untuk menjual terus tanah mereka atau menukarnya dalam bentuk saham dan semua proses akan dijelaskan kepada pemilik sebelum keputusan dibuat.

“Saya memahami sensitiviti orang Melayu di Kampung Baru dan tidak berniat langsung untuk mengkhianati kaum sendiri sebaliknya akan terus memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.


Entah mengapa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin begitu berminat untuk memberikan ekuiti pemilikan bangunan kepada bukan Islam dan warga asing. Mungkin beliau tidak yakin bahawa orang Islam boleh membangunkan kawasan tersebut / mendapatkan dana untuk membiayai projek-projek di situ. Atau sudah ada pihak-pihak yang berkepentingan ingin menjadi pemiliknya.

Jika kerajaan ikhlas dan menjaga kepentingan umat Islam, mengapa tidak diwujudkan unit pelaburan khas seperti PNB bagi mengumpul dana orang Islam bagi memastikan pemilikan bangunan dan hartanah di situ sentiasa berada di kalangan umat Islam sahaja. Sekiranya dana yang diperlukan masih tidak mencukupi, kerajaan boleh menawarkan kepentingan kepada syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dari negara-negara Islam seperti UAE, Bahrain dan Oman.

Pembangunan kawasan tersebut harus berkonsepkan lslamic Town yang mengambil kira konsep pembangunan lestari dan bestari. Ia juga dapat melaksanakan dakwah dalam perniagaan. Bukan semata-mata pusat perniagaan / hotel. Perniagaan yang bersifat mungkar harus ditegah dari beroperasi di kawasan tersebut. Kalau orang Tionghua ada China Town, kita sudah sampai masa orang Islam ada Islamic Town.


Alhamdulillah & terima kasih kepada PM atas inisiatif & merealisasikan harapan penulis dalam perkara pembangunan kaum bumiputra & orang Islam seperti dalam komentar penulis di atas. Syabas PM.

Berikut adalah petikan berita:

Malaysia's government-owned Pelaburan Hartanah Bumiputra on Monday launched a 317-billion-dollar investment trust in a bid to encourage its majority Muslim Malays to invest more in property.

The sharia-compliant Real Estate Investment Trust (REIT) would allow Muslim Malays and indigenous groups -- collectively known as "bumiputra" or "sons of the soil" -- to increase their stake in real estate assets, said Prime Minister Najib Razak at the launch.

"I hope that this initiative... will receive the rightful support from the Malaysian bumiputras, which will in turn contribute to the overall balance of the country's economy," said the premier, who is also the company's chairman.

Bumiputra investors can buy into the REIT with a minimum investment of 500 ringgit (159 dollars) and can invest up to 200,000 ringgit in the trust, Najib said.

In June, he unveiled a development plan to spur growth and attract much-needed foreign investment as the country faces increasing competition from regional neighbours.

As part of the plan, Najib said the government would roll out programmes to enhance bumiputra capabilities.

A decades-old affirmative action policy that hands bumiputras privileges in housing, education and business has been criticised as uncompetitive and improperly benefiting the elites.

Malaysia has also been promoting Islamic finance -- which follows religious laws prohibiting the payment and collection of interest -- and has emerged relatively unscathed from the global financial crisis.

http://www.starproperty.my/PropertyScene/TheStarOnlineHighlightBox/8701/0/0


Post a Comment


Followers