Reformasi Minda Muslim
Showing posts with label tanah melayu. Show all posts

Kampung Baru mesti kekal milik Muslim

2:55 AM

Nilai tanah Kampung Baru naik jika jual kepada Bukan Melayu



berita harian online 01-Jun-2010

KUALA LUMPUR: Hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.




"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan ini... apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur asing berminat.

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu saja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri, Datuk M Saravanan; Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU, Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu berpeluang memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata Kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini secara dasarnya bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang ada dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Read On 5 comments

Followers